Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 12 Mei 2012 (jualan dibuka sehingga 9 Mei)

“Bahan bacaan ini ini adalah maklumat yang dijamin dapat membantu mereka yang mahu lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Apabila ia dibaca, dan praktiskan terus.”

Ini adalah kata-kata yang dihimpunkan daripada para pembaca yang telah mengaplikasikan segala maklumat yang dikongsikan dalam ebook Tips PTD yang lepas.

Buat pengetahuan umum, ebook ini telah membantu orang ramai untuk tampil lebih berkeyakinan dan berilmu, semasa menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung pada 12 Mei 2012.

Beli ebook Tips PTD sekarang (klik di sini)

Ebook Tips PTD : soalan bocor, langgar undang-undang

Terdapat satu pertanyaan yang menarik daripada prospek yang berminat. Soalannya agak relevan memandangkan ebook ini telah terbukti banyak membantu orang ramai.

Soalan itu adalah :
“Adakah ebook Tips PTD ini adalah soalan-soalan bocor daripada pihak SPA? Adakah ebook ini melanggar undang-undang?”

Bagi menjawab soalan ini, team Tips PTD yang diketuai oleh Tuan Muaz Hadi menulis kenyataan seperti berikut :
“Ebook Tips PTD tidak mengandungi sebarang soalan bocor. Kami juga tidak memperoleh maklumat berdasarkan ‘kabel-kabel’ tertentu atau sumber dalaman.”

Tambah beliau lagi,
“Setiap maklumat yang dihimpunkan dalam ebook ini adalah hasil penelitian dan kajian team Tips PTD sendiri. Soalan-soalan tidak boleh didedahkan kerana tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi (OSA).”

Namun begitu, apa yang ingin ditekankan di sini adalah, setiap isi kandungan yang dihimpunkan dalam ebook Tips PTD ini memberikan gambaran soalan yang seakan-akan sama dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang bakal berlangsung 12 Mei 2012 ini.

Beli ebook Tips PTD sekarang (klik di sini)

Ebook Tips PTD hanya untuk mereka yang serius mahu lulus

Jelas sekali, ebook ini bukan untuk semua. Ia adalah untuk para pembaca yang betul-betul serius mahu lulus dan diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

Dalam ebook Tips PTD, kita akan memperoleh pakej-pakej maklumat seperti berikut :

1. 14 contoh esei
7 contoh esei bahasa Melayu dan 7 contoh esei bahasa Inggeris. Membantu kita untuk menjawab soalan-soalan esei yang dikemukakan dalam peperiksaan 12 Mei 2012.

2. Pecahan format setiap seksyen
Team Tips PTD memberikan maklumat secara terperinci mengenai format untuk setiap seksyen.

3. 180+ Contoh soalan matematik
Koleksi soalan Matematik Khas Peperiksaan Kerajaan. Harga sebenar untuk pakej ini adalah RM40 jika dibeli secara berasingan.

4. Nota isu semasa
Nota isu semasa yang terkini yakni versi 2011/2012 yang diperoleh daripada sumber autoriti. Nota ini sangat penting untuk kita lulus dalam peperiksaan PTD 12 Mei 2012 ini.

5. Kemaskni percuma (selama 5 tahun)
Ini adalah tawaran gila yang ditawarkan oleh penulisnya, iaitu Tuan Muaz Hadi. Kita akan diberikan nota kemaskini percuma setiap kali peperiksaan PTD yang berlangsung setiap tahun.

Ini bermakna, apabila kita membeli ebook Tips PTD, kita sebenarnya telah menjimatkan ratusan ringgit dan berjam-jam masa untuk mendapatkan maklumat, bagimempelajari cara yang betul supaya lulus dalam peperiksaan PTD.

Ebook Tips PTD – jaminan pulang wang semula

Mereka sudah membantu lebih 7,000 calon peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Andai kata kita gagal dan tidak berpuas hati dengan e-book Tips PTD, terus minta semula wang kita serta merta.

Muaz Hadi dan seluruh team mereka berani membuat jaminan ‘berani mati’ ini. Kerana mereka percaya dengan jaminan “Pakej Sampai Lulus” yang ditawarkan selama 5 tahun. Beserta dengan kemaskini percuma untuk setiap edisi.

Beli Ebook Tips PTD (jaminan pemulangan wang semula)

Jadi, tidak ada sebarang kerugian yang berpihak pada pembeli. Semua risiko ditanggung oleh team Tips PTD. Sekiranya kita sudah melakukan tindakan seperti :
1. Beli (Klik di sini).
2. Ulangkaji ebook.
3. Hadir ke peperiksaan.

Kemudian kita dapati setiap maklumat yang dibekalkan langsung tidak membantu. Terus hubungi team Tips PTD untuk dapatkan semula wang kita 100%.
Beli sekarang, atau menyesal kemudian (9 Mei jualan ditutup)

“Terima kasih atas tip dan bantuan yang diberikan mengenai peperiksaan awam Gred 41. Tip anda memang berguna dan membantu saya lulus dalam peperiksaan.” – Koh Pea Kee, pembeli ebook Tips PTD.

Ratusan pembeli ebook sebelum ini sudah memanfaatkan apa yang dikongsikan dalam ebook Tips PTD. Muaz Hadi memaklumkan bahawa jualan ebook ini akan ditutup pada 9 Mei 2012.

Ini kerana beliau dan seluruh team mahu fokus untuk membantu para pembeli ebook Tips PTD. Justeru itu, buat keputusan. Beli sekarang, atau menyesal selepas 9 Mei 2012 (Jualan akan ditutup).

Beli ebook Tips PTD sekarang (klik di sini)

*Untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, tarikh peperiksaan adalah 12 Mei.

Ebook rujukan peperiksaan PTD M41

Sejak tahun 2009, pakej rujukan ini telah membantu ramai calon berjaya. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda.

Apa yang akan anda dapat dalam Pakej Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik ini :

1. Pecahan Format

  • Perincian untuk setiap Seksyen
  • Tahukah anda untuk setiap seksyen, soalan dipecahkan kepada ______?

2. Contoh Soalan dan Jawapan

  • Untuk setiap seksyen (A-E)
  • Soalan merangkumi isu terkini 2011/2012

3. Nota Khas GTP

  • NKRA RBI? NKRA LIH?
  • 1Azam? BB1M? BR1M?

4. Nota Isu Semasa

  • Isu semasa 2010/2011
  • Jimatkan masa anda, kami kumpulkan untuk anda!
  • Daripada sumber prima. PENTING!

5. Contoh Esei

  • 7 Contoh Esei Bahasa Melayu
  • 7 Contoh Esei Bahasa Inggeris
  • Penting untuk calon yang sudah lama tidak menulis esei!

6. Pakej Soalan Matematik

  • Koleksi 180++ soalan Matematik Khas Peperiksaan Kerajaan
  • Kami pakejkan bersama dalam pakej PTD ini. JIMAT!
  • HARGA SEBENAR : Ianya dijual dengan harga RM40 di sini

7. Pakej Soalan Sahsiah dan Minat

  • Koleksi 400++ soalan Sahsiah dan Minat
  • 4 Video Tips menjawab soalan Sahsiah dan Minat
  • JIMAT, tak perlu beli di laman jualan pakej ini
  • Harga SEBENAR : RM60 dijual di sini

8. UPDATE PERCUMA

  • 5 tahun! Kami mahu anda LULUS!
  • Jika anda gagal, tak perlu risau
  • Tak perlu beli lagi pakej ini, jika dipanggil ke peperiksaan PTD nanti
  • PERCUMA untuk anda. JIMAT!

9. BONUS

  • 2 Komponen bonus rahsia!

Tak perlu fikir lagi, lagi lambat anda buat keputusan untuk membeli, lagi jauh calon lain meninggalkan anda! Terus buat pembelian!

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD :

www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Semakan peperiksaan PTD M41

Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Sesi Mei 2012 di : http://domino.spa.gov.my/sispek/jadual_am_view_ptd.php?no_pemerolehan=SM20120015\&jawatan=Pegawai+Tadbir+dan+Diplomatik+Gred+M41

Peperiksaan akan dijalankan di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2012 (Sabtu)

Kepada calon yang ingin mendapatkan Panduan Peperiksaan PTD (Tips PTD), boleh mendapatkannya mulai 3 Mei 2012 (Khamis) di :

www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD

Image

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Lantikan PTD

Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Secara umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru.

Tahap 1 : Kursus PTD Unggul
Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang pegawai PTD.

Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :
i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan
iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.

Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.

Tahap 2 : Penempatan di Kementerian atau Jabatan
Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak. Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.

Tahap 3 : Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa. Matlamat kursus ini adalah untuk :

  • Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
  • Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
  • Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
  • Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.

Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik. Latihan akademik merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka menjadi pegawai yang kompeten.

Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School. Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap 4 : PTD Training Roadmap
Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut :

  • Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal
  • Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
  • Pengurusan dasar sektor awam
  • Pengurusan sumber manusia di sektor awam
  • Perancangan dan pengurusan projek
  • Kemahiran perancangan strategik
  • Metodologi penyelidikan
  • Pentadbiran tanah

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Proses Pengambilan PTD

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui Borang SPA 8 ataupun secara online di laman www.spa.gov.my. Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka dilantik sebagai pegawai PTD.

Peperiksaan
Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut :

1. Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
3. Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
4. Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
5. Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

PTD Assessment Centre (PAC)
Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut :

KOMPETENSI

PEMERHATIAN

PENGERTIAN

Kualiti Personal Tatakelakuan Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran
Penampilan Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana
Keyakinan Diri Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)
Penggerak Kumpulan Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan
Potensi Kepimpinan Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik
Pengetahuan Kematangan idea Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima
Kemahiran Kemahiran berkomunikasi Berkebolehan  berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesan
Pengucapan awam/Public speaking Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan
Debat ala parlimen Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

Temu duga
Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada PTD sehinggalah ke hari ini.

PTD telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan PTD :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner