Sukatan peperiksaan Juruaudit Gred W41

Peperiksaan ini mengandungi 1 bahagian yang terbahagi kepada 5 seksyen.

Berikut ialah 5 seksyen tersebut :
1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3. Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Esei-esei
4. Seksyen D : Esei Bahasa Melayu
5. Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen ini akan menguji calon dengan perkara-perkara yang berlaku di seluruh dunia dan fokus utama pada Malaysia. Isu-isu yang akan diuji termasuklah politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan.

Skop ini berbentuk umum dan tidak ada bahan rujukan yang spesifik. Calon yang mempunyai sensitiviti terhadap isu semasa dan alam sekitar akan dapat menjawab soalan dalam seksyen ini dengan mudah.

Untuk seksyen ini, anda perlu menjawab sebanyak 60 soalan dalam masa 45 minit. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 30 markah.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini akan menguji calon untuk menyelesaikan masalah berdasarkan 3 perkara yang berikut :
A. Kemahiran logik
Elemen ini akan menguji kemahiran berfikir dan kaedah bagaimana calon mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah.

B. Kemahiran menginterpretasi data
Elemen ini akan menguji kecekapan calon membuat analisa datauntuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.

C. Konsep matematik
Konsep matematik yang diuji termasuk algebra dan geometri. Sukatan matematik yang diuji tidak akan melebihi skima matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 40 soalan dalam masa 45 minit.

Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Esei-esei
Seksyen ini akan menguji kadar kefahaman calon dan pengertian berdasarkan kepada 4 petikan karangan yang diberi. Petikan tersebut dibahagikan kepada 2 petikan bahasa Melayu dan 2 petikan Bahasa Inggeris. Setiap petikan mengandungi 300 hingga 400 perkataan yang disusuli dengan 5 soalan.

Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 20 soalan dalam masa 35 minit. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 10 markah.

Seksyen D : Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Melayu atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.

Calon perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Inggeris atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.

Calon perlu menghasilkan esei yang disusun dengan jelas, teratur dan logik. Calonjuga perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan Juruaudit W41 :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Panduan peperiksaan Juruaudit Gred W41

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Juruaudit, Gred W41.

Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

1. Pada hari Peperiksaan calon hendaklah membawa
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.

2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh minit selepas peperiksaaan dimulakan.

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) Kertas OMR – bagi Seksyen A, B dan C (ii) Kertas tulis SPA – bagi Seksyen D dan E

7. No. Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan Juruaudit W41 :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner

Juruaudit Gred W41

Kumpulan
Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan
Jabatan Audit Negara

Jadual gaji
P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 – P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 – P3T27 RM5255.39

Syarat lantikan
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3 RM1886.49]; atau

2. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau

3. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau

4. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau

5. Ahli Penuh Malaysia Institut Akauntan Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10 RM2529.37]; dan

6. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat kenaikan pangkat secara lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi tugas
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap peperiksaan Juruaudit Gred W41 :
www.tipsptd.com/hop.php?ref=smartpartner